Wednesday, October 26, 2016

Panduan Cara Beli Borong Barang Dari China Secara Online

Di artikel ini saya mahu berkongsi dengan anda akan sedikit pencerahan tentang panduan membeli barang di China secara online melalui internet. Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan faham sekiranya berminat untuk membeli barang murah dari China secara online. Sebelum itu, adakah saya sendiri berpengalaman membeli barang dari China melalui internet. Jawapannya YA. Boleh dikatakan saya sudah membeli barang di China sebanyak lebih dari 4 kali. Dan anda boleh membaca salah satu pengalaman saya di sini iaitu tentang beli seluar jeans murah dari China.

Sebelum itu saya mahu berikan sedikit pencerahan kepada anda. Untuk membeli barang murah atau borong di China, anda boleh membeli dengan cara pergi sendiri ke negara China atau beli secara melalui internet. Ada pro dan con. Dan kalau anda memilih membeli secara online, ada terdapat banyak sekali website website online shopping eCommerce dari negara China. Anda boleh membaca artikel tulisan saya ini mengenai senarai eCommerce China popular ini untuk anda ketahui website yang boleh anda lawat untuk membeli belah secara online.

Beli barang murah Taobao China mudah secara online

Website Dan Cara Membeli Memborong Barang Murah Dari China Melalui Internet


Secara umum, website online shopping china yang paling popular adalah Alibaba, AliExpress dan juga Taobao. Alibaba merupakan website utama dan menjual barangan secara exclusive dan agak mahal. Sedangkan AliExpress pula boleh anda beli secara pukal kecil dan harganya sederhana. Manakala Taobao boleh anda beli barang dari China melalui web ini dalam kuantiti kecil tetapi murah. Dan apabila kita bercakap tentang beli barang dari China dengan harga murah, maka website Taobao adalah pilihan paling popular.

YA, memang murah. TETAPI ada satu masalah iaitu website Taobao hanya terpapar dalam tulisan bahasa cina. Kalau anda faham membaca tulisan cina, maka anda tiada masalah untuk membeli melalui website ini. Tetapi saya percaya majoriti yang bukan orang cina pasti tidak mampu membaca dan sukar untuk membeli di Taobao. Dan penyelesaian kepada masalah ini boleh anda selesaikan melalui 2 cara iaitu.

eBook Panduan Taobao  - Panduan Taobao ini ditulis sendiri oleh Nigel Ong berbangsa cina dari Malaysia dalam bahasa melayu. Beliau ingin mengajar orang Malaysia yang tidak tahu membaca cina untuk pandai membeli di website Taobao walaupun dalam bahasa cina. Adalah kaedah, tips dan panduan cara yang diberikan. Anda boleh dapatkan ebook ini untuk belajar membeli di Taobao dengan mudah.

Website EzBuy Malaysia - Ini adalah website yang dibina oleh agen Taobao di Malaysia. Mereka bina website ini dan mereka ambil gambar barang dari Taobao dan masukkan ke website EzBuy. Dan website EzBuy ini adalah dalam bahasa english dan harga yang dipaparkan adalah dalam ringgit Malaysia (RM). Anda beli di EzBuy, dan pihak agen EzBuy pula akan tolong belikan barang yang anda beli di Taobao. Itu adalah proses yang berlaku. Jangan risau, harga tetap murah.

Saya harap perkongsian saya ini berkenaan bagaimana untuk membeli barang murah atau borong barang dari China secara online ini jelas dan dapat anda ikuti dengan mudah. Selamat membeli belah barang dari China.